Tuesday, December 15, 2009

KISAH BUMI DENGAN LANGIT...


Terjadinya Bumi dan Langit

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”

Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

DUNIA HARI INI




Dahulu sampan, kini kapal...
dahulu pondok, kini banglo...
dahulu lambat, kini pantas...
dahulu mundur, kini moden...

yang dicipta-Nya...
semua berubah...
bumi, bulan, matahari, bintang...
mengikut peredaran masa...
x lupa isi kandungannya...
makhluk2...
termasuk manusia...

kalau dulu mase kecil...
belajar abc...123...
bila besar bermacam macam...
berjuta perkataan terbina darinya..
malah huruf2 baru pun mungkin tercipta...
kerana bijaknya akal manusia itu...
yang diciptakan Allah...

tapi...

masih ade yg x kena...
semakin bijak manusia...
makin banyak yang difikirkan...
sama de positive atau negative
(+) dengan (-)
bila didarab keduanya + (x) - = (-)
terhasil lah negative....

mungkin asbab itu dunia ini makin diselubungi...
bermacam mcm perkara negative...

kalu mase kecik dulu x kenal rokok...
skrg rokok 2 sahabat...
kalu mase kecik dulu x kisah pasal duit...
skrg duit 2 hidup...

macam2...
kawan2 ku yang bijak pun hanyut dengan dunia mereka...
penuh dengan hiburan...
gelak tawa dunia...
pakaian menghampakan...
perangai menghancurkan...

mane perginya ilmu yang cikgu ajar kat sekolah kita dulu?
mungkin kita lupa seketika...
harap2 dapat bertaubat...
sebelum terlambat...

dan kesudahan yang baik itu bagi orang2 yang bertaqwa...

Monday, November 9, 2009

BILA AKU DAN SUBUH BERBICARA...

Subuh: Assalamualaikum

Aku: Waalaikum salam

Subuh: Apa khabar kau pagi ni...

Aku: Alhamdulillah...masih bernyawa...baru je selesai solat td...

Subuh: Baguslah...kejar lah yg 27 bile solat...jgn dikejar yg 1...

Aku: Aku tahu...usah kau risau...

Subuh: Kenapa kau x macam hari2 yg lain?

Aku: Maksud kau?

Subuh: Kau nampak sedih...sesuatu sedang bermain pada akal fikiran kau...

Aku: Kau nampak yang tersurat dan kau zahirkan yang tersirat...betul...aku keliru...

Subuh: Keliru pasal exam?

Aku: Bukan sama sekali...pasal tindakan aku...

Subuh: Ape yang kau buat?

Aku: Aku ingatkan tindakan aku ini betul dan macam yang dia harapkan...ternyata dia marah kat aku...aku redha...

Subuh: Kau mempunyai akal yang dapat berfikir secara logik...dan kau makhluk Allah yang istimewa...semuanya terletak pada kau...

Aku: Aku rase bersalah sangat...makin lame aku hidup, makin banyak dosa yang aku lakukan...makin banyak aku sakitkan hati orang2...kan bagus mati mase budak2 dulu...kurang skt dosa...

Subuh: Ajal maut tangan Allah...sampai bila kau nak fikirkan masalah ini?

Aku: Benar kata kau...aku tidak akan menoleh ke belakang lagi...tumpuan aku sekarang pada ijazah aku...kelas pertama...

Subuh: Kenapa kau mahukan kelas pertama?adakah ia menjamin masa depan kau?

Aku: Mungkin x...tapi aku suka menunaikan harapan ibu bapa aku...mlm td pun diorg telepon tnye pasal exam...

Subuh: Ape yang kau jawab?

Aku: Dari dulu sampai sekarang aku jawab, "boleh la ayah..." x pernah memberikan jawapan yang positif...sebab aku buat ape yang mampu...susah senang soalan, aku hadapi sorg2...

Subuh: Sekarang ape yang kau nak buat?

Aku: Exam dah habis...cuti ni sambung PSM lagi kot...malas nak serabut sem depan...aku x kan pk pasal bende lain lagi...lebih baik aku sibukkan diri skrg...boleh lupakan masalah2 aku...masalah yang sentiasa buat aku bersalah...rase nak hantuk je kepala kat batu Gunung Ledang 2...tapi ape yg aku dapat subuh?lebih baik aku habiskan misi aku mase belajar dulu...

Subuh: Kalu akal kau berkata begitu, turuti lah ia...

Aku: Ye subuh...aku tekad...kerana redha Allah aku buat semua ni...


******* Subuh ialah suara hati yang berbisik tatkala waktu subuh....
******* Aku ialah diriku yang banyak dengan dosa...mudah mudahan diampuni semua dosa tersebut...

Sunday, November 1, 2009

TIUPAN ILMU...

Sejuk...indah...

awal pagi 2 november ni memang sunyi...

bulan pula bulat...

jelas tepi jendela ni...

lagu stesen terakhir selang seli dengan bunyi dengkur roomate...

hehe...

waktu mcm ni biasenye ak bgn...

siapkan projek design yg masih in progress....

org len bgn2 stadi...

aku...dan bdk2 design 4 smm masih lg rajin siapkan projek...

kadang2 terpikir jugak kepala brain ni...

untuk ape aku belajar sume ni...

memang letih belajar...

hari2 selak buku...

sana sini x henti2...

bapa aku selalu pesan...

setiap kali sblm blk utm...

belajar pandai2

betul ke sbb nk pndi?

pas 2?

beli rumah besar...kete besar...bini besar?

hehe...

mungkin x...

teringat sepotong ayat...

akak ak yg tulis...

"bukan kepandaian yg dicari, tp ilmu yg perlu dimiliki..."

mungkin betul...

sbb 2 kita diajar untuk berniat...

"shje aku menuntut ilmu kerana Allah"

bukannye...

shje aku nk jd pandai kerana Allah...


moga2 semuanya diredhai Allah...

Sunday, September 27, 2009

AFTER RAYA...

Haa.....lepas raya sume sebok ngan assignment....copy sana c ni...
x kshla byk copy mane pown, janji yg kite copy 2 pahe ye...
psm aku pulak...
hmmm....mmg letih la...bulan dpn da kene siapkan...
harap2 sempat la....
amin...

Thursday, September 10, 2009

LAILATUL QADAR

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Sunday, September 6, 2009

NUZUL QURAN


Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.